“”Bersangka Baik Dengan Allah, Sabar Itu Indah..” 10 Tahun Lalu Minta Baru Hari Ini Impian Saharul Ridzwan Dimakbulkan

Pelakon Saharul Ridzwan memanjatkan rasa syukur akhirnya mendapat kediaman idamannya baru-baru ini. Jelas Saharul, kediaman baharunya itu melengkapkan keluarganya yang kian bertambah.

“Bersangka baik dengan Allah, sabar itu indah

“Alhamdulillah syukur. Satu persatu Allah makbulkan doa saya. Doa 10 tahun lepas pun di makbulkan pada tahun ni.

“Kenapa? Saya percaya bila kita bersangka baik kepada Allah, maka Allah akan makbulkan doa kita.

“Syukur Alhamdulillah, semoga tahun 2020 ni, makin meriah dengan rezeki dari Allah.

“Cukupkanlah segala rezeki yang Kau beri. Jauhkanlah istidraj. Amin,” tulisnya.

Tambah Saharul, selain memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa, pelakon drama bersiri Hati Perempuan itu mengingatkan orang ramai untuk berusaha dan tidak mengabaikan tuntutan wajib.

“Jangan doa je semata, tapi semua yang wajib kita abaikan, yang dilarang kita dekatkan. Semoga kita semua dilindungi Allah,” pesan Saharul.

Saharul dan isteri, Qaabila Deena Amir telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 3 tahun.

Deena kini sedang hamil anak kedua dan dijangka bersalin pada Mei ini.

Saksikan karya lakonan Saharul yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

Artikel Berkaitan   “Dengar Sini Orang Itu Mungkin Jahat, Tapi Boleh Masuk Syurga Bila Orang Baik Mengumpatnya” –PU Azman