BERSATU Dan UMNO Bergabung Menentang WARISAN Dan Sekutunya Di Pilihanraya Sabah

KUALA LUMPUR: Gabungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan membawa sebuah harapan dan citarasa baharu kepada rakyat jika mandat diberikan kepada mereka pada Pilihan Raya Negeri nanti.

Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar, berkata, gabungan yang diketuai Datuk Seri Hajiji Mohd Noor serta Datuk Seri Bung Moktar Radin itu adalah kombinasi terbaik untuk mengetuai gelombang rakyat negeri itu menentang Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakan sekutunya.

Malah, katanya, gabungan kekuatan semua parti di bawah Perikatan Nasional itu sudah pasti akan menjadi nilai tambah kepada kerajaan Persekutuan sekali gus memberi kelebihan kepada Sabah.

“Bersatu Sabah sentiasa bersedia menghadapi PRN ‘kilat’ ini. Saya yakin dengan gabungan kepimpinan Hajiji dan Bung untuk mengetuai gelombang rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Justeru, Khairul Firdaus menyeru rakyat Sabah disaran untuk memberi peluang dan ruang kepada gabungan baharu ini untuk mentadbir sekali gus membuktikan keupayaan mereka mengemudi kerajaan negeri demi kemajuan dan kemakmuran bersama.

Katanya, agenda hak rakyat Sabah dan pembangunan negeri akan menjadi fokus utama gabungan kepimpinan itu selain peluang kepada pimpinan baru serta anak muda untuk terlibat dalam pentadbiran Sabah.

kredit sabah post

Artikel Berkaitan   Memiliki Wajah Yang Runcing, Mata Yang Cantik Dan Suara Yang Merdu Pakej Lengkap Untuk Vlogger Ni, Rupanya Inilah Wajah Sebenarnya Dia Yang Berusia 58 Tahun