Bertudung Bila Dah Sedia Bukan Ikut Trend – Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha dilihat berhijab penuh sepanjang bulan puasa dan penampilannya itu membuat ramai peminatnya gembira dan mendoakan agar imej tersebut kekal sehingga selamanya.

Bagaimanapun, Fasha sudah kembali ke penampilan asalnya selepas bulan Ramadhan berakhir. Tentunya ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

Namun, jelas Fasha satu hari nanti dia pasti akan berhijab sepenuhnya dan tidak mahu hanya mengikut trend semata-mata. Biarlah perubahan itu dilakukan tanpa paksaan dan lahir dari hati yang ikhlas kerana Allah Taala.

Doakan yang baik-baik untuk Fasha agar satu hari nanti dia akan terbuka hati untuk kekal berhijab.

(Visited 107 times, 1 visits today)