“Beruntungnya Saya Memiliki Isteri Bernama Diana Danielle” Berita Rumahtangga Goyah, Ini Jawapan Balas Farid Kamil

Menafikan rumah tangganya sedang dilanda badai akibat kes yang berlaku, Datuk Farid Kamil menjelaskan dia dan isteri sentiasa memperbaiki kesilapan masing-masing dalam menjaga ikatan yang terjalin.

Malah dia menyifatkan isteri, Datin Diana Danielle sebagai isteri yang sangat menyokong dan sentiasa di sisi walau apa dugaan yang menimpa.

“Tidak berlaku seperti yang digembar gemburkan. Dia sentiasa ada di sisi dan menyokong saya daripada awal perkenalan sehingga saya ditimpa ujian, dia tetap setia.

“Dia dan anak-anak menjadi kekuatan kepada saya untuk menghadapi masa mendatang ini. Saya tidak tahu bagaimana mahu mengekspresikan bagaimana beruntungnya saya memiliki isteri bernama Diana Danielle,” jelasnya.

Menghadapi lima pertuduhan sebelum ini sebelum tiga daripadanya digugurkan, jelas Farid Kamil, kehidupannya berubah sehingga ramai rakan mula menjauhkan diri.

“Memang ada rakan yang menjauhkan diri namun itulah yang saya harapkan sekarang ini. Biarlah mereka jauhkan diri daripada terus memberi kesan negatif kepada hidup saya.

“Yang mana masih setia dan baru masuk dalam kehidupan saya, saya  sangat bersyukur. Allah telah menunjukkan dengan jelas apa yang putih dan apa yang hitam. Saya sekarang ialah Farid Kamil yang tidak sabar menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

“Sekarang saya dan pihak peguam telah berjaya menggugurkan tiga daripada lima pertuduhan. Kalau boleh saya tidak mahu berulang lagi, tidak mahu pisang berbuah dua kali,” jelasnya.

Terdahulu, Pada 15 Mei tahun lalu, pelakon, penerbit dan pengarah itu dikenakan hvkuman penj4ra sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan mengguna d4dah jenis g4nja Tetra Hydrocannibol (THC). Selepas menjalani huvkuman di Penj4ra Kajang, Farid dibenar menangguhkannya sehingga rayuan selesai.

Kredit: Media Hiburan