Betul Kalau Kita Hafal Satu Hadis Pahalanya Seperti 71 Nabi Yang Benar? In Jawapan Mufti

Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan umat Islam untuk segala-galanya dalam kehidupan di dunia ini. Segala perkara yang ingin diketahui terkandung dalam kedua kitab ini. Dengan bantuan dan keterangan para ulama, kita dapat memahami pengertian Al-Quran dan hadis dengan lebih teliti.


Terdapat pula sebuah hadis yang menyatakan sesiapa yang menghafal sebuah hadis akan mendapat ganjaran seperti 71 Nabi yang benar.

Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَلَى أُمَّتِي حَدِيثًا وَاحِدًا كَانَ لَهُ كَأَجْرِ أَحَدٍ وَسَبْعِيْنَ نَبِيًّا صِدِّيقًا

Maksudnya: “Barangsiapa daripada kalangan umatku yang menghafal satu hadith, maka baginya ganjaran seperti 71 Nabi yang benar.”

Para ulama seperti Imam al-Zahabi, menyatakan bahawa hadis tersebut adalah palsu dan haram untuk diriwayatkan. Imam Ibn al-Mulaqqin juga menghukum bahawa hadis tersebut sebagai palsu.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pandangan mereka terhadap hadis tersebut adalah tidak sahih dan haram bagi kita menyebarkannya melainkan atas tujuan untuk menyatakan akan kepalsuannya.

Tugasan untuk menyampaikan hadis Nabi SAW adalah amalan yang amat mulia, tetapi seseorang itu perlu lah memastikan kesahihan hadis tersebut terlebih dahulu.

Yang kita tahu tentang penyebaran ayat-ayat Al-Quran, terkandung dalam hadis Riwayat al-Bukhari (3461) yang kita sering sekali mendengar dalam setiap ceramah ilmu.

Daripada Abd Allah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Riwayat al-Bukhari (3461)

Menurut syarahan Syeikh al-Mubarakfuri, hadis ini menyatakan untuk kikta menyampaikan satu ayat daripada Al-Quran kepada orang lain walaupun ayat tersebut pendek.

Sumber: Mufti Wilayah