Betul Ke Kiamat Pasti Akan Terjadi Pada Hari Jumaat, Tidak Hari Lain? Mana Buktinya?

Ramai yang tertanya-tanya hari kiamat akan jatuh pada hari apa. Dan ramai juga berkata kiamat akan berlaku pada hari Jumaat.


Tetapi benarkah?

Allah SWT menyembunyikan saat atau waktu akan berlakunya Kiamat sebagaimana disebutkan di dalam Surah Taha ayat 15.

إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَىٰ

Maksudnya: “Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan.”

(Surah Taha:15)

Walau bagaimanapun, terdapat hadis sahih daripada Imam Muslim dalam kitab sahihnya bahawa Nabi SAW yang pernah menyatakan bahawa Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ

Maksudnya: “Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari ialah pada hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam, padanya juga dimasukkan Adam ke dalam syurga dan padanya juga dikeluarkannya (Adam AS) daripada syurga serta tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat.”

[Riwayat Muslim (854)]

Berdasarkan hadis ini, ada beberapa ulama yang mempunyai pendapat yang berbeza. Hal ini ada disebutkan oleh Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini ketika menukilkan pandangan daripada al-Qadhi ‘Iyad bahawa secara zahirnya kelebihan-kelebihan yang disebutkan ini bukanlah kelebihan sebenarnya kerana keluarnya Adam AS (dari syurga) dan berlaku Kiamat tidaklah dikira sebagai kelebihan.

Sumber: Mufti Wilayah