Biadap! Penyokong Malaysia ‘dimandikan’ air kencing di Stadium Bung Karno

Seperti medan perang! Itu definisi yang boleh diungkapkan situasi di Stadium Bung Karno Jakarta malam semalam. Kekecohan yang tercetus semasa perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia dan Indonesia berentap dalam kelayakkan Piala Dunia 2022.

Macam medan perang!
Perlawanan terpaksa dihentikan kerana penyokong Garuda telah mulai bertindak agresif dengan menyerang bangku penyokong Malaysia.


Air kencing dari pelbagai arah
Pelbagai objek keras dibaling kepada rakyat Malaysia sehinggakan ada individu tercedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Lebih menjijikkan, ada sebahagian daripada penyokong Indonesia bertindak membaling botol mineral berisi air kencing.

Menerusi posting yang terdapat di Twitter, para penyokong Malaysia yang berada disana telah memuat naik gambar botol-botol yang berisi air kencing yang dibaling oleh penyokong tempatan.

Menjijikkan sangat!

Tolong terima kekalahan tu
Sehubungan dengan itu, posting tersebut telah dihujani dengan komen dari netizen yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh penyokong pasukan seberang.

Ketidakmatangan sesetengah daripada mereka dalam menyaksikan perlawanan bola sepak benar-benar memberi persepsi yang buruk terhadap penyokong sukan Indonesia.

(Visited 192 times, 1 visits today)