“Biar Kita Ni Belajar Tak Tinggi Tapi Jangan Buat Perkara Yang Nampak Bodoh,” Nabila Huda Sound Netizen Yang Berperangai Kotor

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Pelakon Nabila Huda muak dengan sikap pengotor masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata.

Nabila Huda Suhaimi, 36, berkata lebih menimbulkan kemarahan apabila ada yang membuang sampah di depan kedainya walaupun tong sampah sudah disediakan di depan premis.

“Tak rasa geli ke jalan tempat yang banyak sampah? Saya dah letak tong sampah buanglah dalam itu.

“Biar kita ni belajar tak tinggi tapi jangan buat perkara yang nampak bodoh,” katanya dalam video di Instagram.

View this post on Instagram

Please tengok sampai habis..🙏🏾

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 

Selain pelitup muka yang dibuang tepi jalan, anak penyanyi Amy Search itu juga menyelar individu yang membuang lampin bayi merata-rata termasuk di tempat awam.

Katanya ibu bapa perlu menyediakan membungkus terlebih dahulu lampin tersebut sebelum membuangnya di tempat yang sesuai.

Pelakon filem Munafik itu turut menegur sikap perokok yang membuang puntung rokok merata-rata.

Beliau bimbang tahap disiplin rakyat Malaysia menangani wabak Covid-19 akan berkesan jika kesedaran membuang sampah masih belum berubah.

“Rakyat Malaysia saya merayu tolonglah buang sampah pada tong sampah yang disediakan,” katanya.

kredit projekmm