“Bila Dibinatangkan Dan Dituduh Kejar Harta Geram Juga Dibuatnya” Isu Ali Puteh Dan Kakak Iparnya Tidak Selesai, Sepupu Pula Masuk Campur

Kubur Allahyarham Abam Bocey masih merah lagi, namun sejak semalam sudah mula kecoh perseteruan antara Ali Puteh dan juga pihak Nor Hidayah, balu arwah Abam.

Keadaan tenggang itu dikatakan berpunca selepas usahawan Aliff Syukri membuat lawatan ke rumah Nor Hidayah dan bertanyakan mengenai soal harta arwah kepadanya.

Terbaru, menerusi satu status di Twitter seorang lelaki dengan nama akaun Akhi Fairuz Al-Jengkawi, yang mendakwa diri sebagai sepupu Nor Hidayah, meluahkan rasa kecewa berkenaan kenyataan pelawak Ali Puteh sebelum ini.

Di dalam tweetnya, dia menyifatkan Nor Hidayah sebagai seorang yang lurus dan polos, jadi apa sahaja soalan yang diajukan kepadanya, sudah tentu dia hanya menjawab dengan jujur.

Malah, ketika arwah Abam masih hidup, dalam satu program televisyen arwah juga pernah memberitahu mengenai peribadi dan sikap isterinya yang sedikit ‘lurus’.

Jadi, oleh disebabkan itulah Hidayah seorang yang jenis mengikut sahaja apa yang disuruh tanpa banyak soal. Maka, itulah yang berlaku ketika temubual bersama Aliff Syukri, dia hanya menjawab apa yang sahaja ditanyakan.

Diharapkan, salah faham di antara pihak Ali Puteh, Nor Hidayah termasuklah Aliff Syukri, dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu membuka aib masing-masing.

Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi & TV3Malaysia Official

Artikel Berkaitan   Langgar Peraturan Tidak Pakai Penutup Muka, Remaja Diminta Polis “Ziarah” Keranda Mangsa Covid19