Bila Negara-Negara Dijangkiti Corona, PATI Cuba Masuk Ke Negara Malaysia, Rupanya Sebab Ini..

Sebelum ini kita didatangkan dengan berita tentang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui kawasan perairan. Lebih mengejutkan lagi, tangkapan yang dilakukan bukan sikit tapi mencecah ratusan PATI!

Menurut laporan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam paparan Facebook rasminya berkata, kegiatan tekong ini merupakan musuh negara kerana boleh mengakibatkan kluster wabak pandemik C0VID-19 bertambah.

Rakyat diminta beri kerjasama…

“Jadi, diminta rakyat Malaysia perlu menjadi mata dan telinga kepada negara untuk menumpaskan ‘tekong’ yang membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui ‘laluan tikus’. Bukan apa, kelak kita (rakyat Malaysia) juga yang merana.

Dalam pada masa yang sama juga pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) kini giat mempertingkatkan kawalan dan pemantaun di sempadan dan perairan negara.

Mereka masuk ke Malaysia kerana…

Haih! Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni masih wujud lagi cubaan untuk membawa masuk PATI ke Malaysia oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Apa lah yang mereka fikirkan ye?

Bagaimanapun, menurut sumber, mereka dikatakan gigih masuk ke Malaysia walaupun berisiko tertangkap kerana kes positif dan kematian wabak C0VID-19 di negara asal mereka semakin meningkat dan seolah-olah tidak terkawal.

Malah, mereka memilih untuk masuk diam-diam di Malaysia kerana bila tertangkap mereka tetap diberi kebajikan makanan dari tabung Musa’adah C0VID-19 dan kemudahan perubatan sekiranya mereka dijangkiti virus ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur duduk di negara yang mempunyai kerajaan menjaga kebajikan rakyat. Kita cuma dengar arahan duduk di rumah saja. Apakah susah untuk melaksanakan satu tanggungjawab itu?

Artikel Berkaitan   “Saat Yang Ku Tunggu2 Dah Pun Tiba..” Neelofa Sudah Dirisik Pu Riz, Ibu Neelofa Buka Rahsia

Sebarang maklumat mengenai kegiatan ini boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Malaysia (MCC), Bukit Aman melalui talian talian 03-22663333/ 03-22663444.

kredit info sebenar