Bini urus sendiri anak2 sakit, suami hanya tunggu dalam kereta main ‘phone’

Pasangan bercinta sudah tentu mempunyai impian bagi menjalani kehidupan perkahwinan penuh keindahan. Namun, tidak semuanya indah sekiranya tersalah pilih pasangan.


Sebuah perkongsian di Facebook oleh Wan Salihah, menceritakan kepayahan seorang wanita selepas berkahwin.

Lebih berat mata memandang apabila wanita tersebut melakukan pelbagai tanggungjawab sebagai isteri tanpa bantuan si suami.

Datang klinik dengan 4 anak kecil…
Pada mulanya, Wan Salihah terlihat wanita berkenaan bersama empat anaknya dalam lingkuangan usia empat bulan hingga lapan tahun.


Nampak dia kelam kabut uruskan anak2
Tiba gilirannya untuk berjumpa dengan doktor, namun masih sibuk menguruskan pelbagai karenah anak-anak tanpa bantuan si suami.


Bila tanya pasal suami, dia senyum je…
Biasanya kalau ibu uruskan anak seorang diri sebab suami sibuk bekerja. Tapi si ibu ni lain macam sangat bila dah tersenyum kelat.


“Ayah dalam kereta, tengah main telefon…”
Sayu bila dengar jawapan jujur daripada anak sulung mereka ni. Seakan sudah memahami situasi yang dihadapi oleh ibunya itu.

Mengundang kemarahan netizen!
Perkongsian ini ternyata mengundang perhatian ramai dimana rata-ratanya amat kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab suami kepada wanita terbabit.


Dunia dah akhir zaman…

Benda ni dah selalu nampak dan terjadi…

Kepada para suami di luar sana, laksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Kadang kala wanita tidak memerlukan harta atau wang ringgit, cukup sekadar bantu mereka dalam menguruskan hal sepatutnya.