“Bodohnya buat macam ni” – Masuk Challenge Makan Megi Pedas Campur Durian, Teruk Sampai Kena Panggil Ambulan

Zaman sekarang semua berlumba-lumba nak cuba bila ada apa-apa challenge terbaru dekat internet. Paling famous, challenge makan megi extra pedas. Rasanya kalau buka Youtube ke atau mana-mana media sosial mesti bersepah video pasal challenge makan pedas, makanan pelik atau macam-macam lagilah.

Terbaru, penyanyi Ara Johari pun ada join challenge makan megi extra pedas tapi bezanya dengan video yang lain, kali ni dorang campurkan dengan DURIAN!

Ara sendiri ada upload snippet video yang dorang shoot masa challenge tu. Dalam video, boleh nampak salah seorang peserta gaul durian dengan megi pedas tu. Lepas tu ada tunjuk 4 peserta termasuk Ara mulakan challenge tu. Sementara yang lain boleh telan megi campur durian tu, tapi Ara pula sebaliknya rasa nak termuntah.


Yes, memang betul-betul Ara muntah! Nampak teruk juga sebab Ara macam tanggung sakit dan terpaksa bangun beredar ke tepi.

Tak lama lepas tu, mereka terpaksa call ambulan sebab keadaan Ara yang agak teruk. Difahamkan, video challenge tu akan keluar di Youtube channel malam ini. So, Ara minta semua peminat dia stay tuned.

Ramai netizen persoal dengan combination makanan tu, yela durian selalunya orang makan macam tu je. Tapi dorang boleh campur dengan makanan lain, megi pedas pula tu. Nabila Huda pun sempat komen sound ‘setepek’ pasal isu spicy food challenge macam ni.

Tapi, pihak yang menjemput Ara untuk sertai challenge tu dah pun tampil buat permohonan maaf secara terbuka dekat Instagram dorang. Rupa-rupanya, ketika dorang buat rakaman tu memang Ara sendiri pun bukan dalam keadaan kesihatan yang baik.

Ara sebenarnya mempunyai masalah gastrik tetapi difahamkan pihak mereka tidak dimaklumkan tentang isu tersebut. Semuanya dah selesai dan tiada isu atau perselisihan antara Ara dan pihak dorang.