“Boleh Ke Terangkan Pada Saya Hukum Pakaikan Loceng Di Leher Kucing Sebab Ada Yang Kata Haram”

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bashir al-Ansari berkata:

كانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ ـ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ ـ وَالنَّاسُ فِي مَبِيتِهِمْ، فَأَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم رَسُولاً أَنْ لاَ يَبْقَيَنَّ فِي رَقَبَةِ بَعِيرٍ قِلاَدَةٌ مِنْ وَتَرٍ أَوْ قِلاَدَةٌ إِلاَّ قُطِعَتْ‏.

Maksudnya: Ketika bersama Rasulullah SAW pada sebahagian permusafirannya, Abdullah berkata: aku merasakan Abu Bashir pernah menyebut: ketika orang ramai berada di dalam tempat tidur mereka, lalu Rasulullah SAW mengahantar seseorang wakil untuk memastikan tidak ada sesuatu rantai daripada tali atau sesuatu yang dikalung pada tengkuk unta melainkan ianya dipotong.

Riwayat al-Bukhari (3005)

Imam Badruuddin mengulas tentang perkara ini menyatakan menurut Imam Bukhari loceng kebiasaannya diikat dengan rantai, maka apabila dilarang memakaikan rantai pada leher unta maka ia termasuk larangan dalam pemakaian loceng pada binatang.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memakaikan loceng pada haiwan ternakan adalah harus sekiranya ada keperluan seperti takut dicuri atau sebagainya. Makruh sekiranya tiada keperluan.

Manakala, akan jatuh haram jika mempercayai ianya akan melindung haiwan tersebut dari penyakit atau sebarang keburukan. Ini kerana, perbuatan itu adalah bercanggah dengan akidah yang diajar oleh Baginda Nabi SAW.

Sumber: Mufti Wilayah

Artikel Berkaitan   Permaisuri Agong Minta Rakyat Jangan Degil! Kongsi Aktiviti Semasa Kuarantin, Masak Sendiri, Siap Taddarus Lagi