Bos Dipenjara 7 Hari & Didenda RM10,000 Sebab Suruh Staf Masuk Kerja Masa PKP!

Kan dah pesan, degil jugak!

Seorang pengarah syarikat kilang kitar semula telah didenda sebanyak RM10,000 dan dipenjara 7 hari selepas benarkan pekerja bekerja tanpa kebenaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh, Ong Lin-Tjong, 39 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Arif Mohammad Shariff, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan,

Ong Lin-Tjong dari Kilang Privilege Industry Sdn Bhd yang beroperasi di Kawasan Perusahaan Bakar Arang di Sungai Petani, didapati membenarkan dua lelaki berhimpun di dalam kilang bagi tujuan sosial pada jam 11.50 malam, 4 April lalu.

Jadi tertuduh, didapati telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

So tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Tertuduh boleh berdepan hukuman penjara selama enam bulan jika gagal melunaskan denda.

Sumber : Lobakmerah