Bos Tertekan Butang Menyebabkan Dirinya Jadi Kentang, Pekerja Kongsi Dirinya Meeting Online Bersama Kentang

Ketika pandemik COVID-19 masih lagi melanda dunia ketika ini, ramai mengambil inisiatif untuk bekerja dari rumah dan mengadakan perbincangan secara atas talian menggunakan kamera video.

Baru-baru ini, seorang majikan daripada sebuah syarikat secara tidak sengaja membuka filter pada kamera yang digunakan olehnya ketika sedang meeting online. Filter berkenaan telah menukarkan dirinya seperti sebiji kentang.

Lebih malang lagi, beliau juga tidak tahu bagaimana untuk memadamkan filter terbabit sepanjang mesyuarat sedang dijalankan.

Foto yang dikongsikan oleh salah seorang pekerja syarikat terbabit telah menjadi tular di Twitter dengan kapsyen,

“Bos saya tukar dirinya menjadi kentang pada mesyuarat dan tidak tahu bagaimana cara untuk menukarnya kembali, jadi dia teruskan meeting dengan rupanya sebegitu,”

kredit era

Artikel Berkaitan   “Pelik, Dulu Tolak Aku Sebab Katanya Follower Kurang, Tapi Yang Dapat Host Yang Baru, Penat Hadap..”- Hafizul Kamal