Bosan Duduk Di Rumah, Lelaki Buat Video Kreatif Daki Gunung Dan Main Ski Dalam Bilik Undang Kagum Netizen

Hampir 72 jam lagi untuk ketahui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan atau pun tidak di Malaysia. Ketika dunia berdepan dengan virus, kebanyakan negara sudah pun melaksanakan perintah berkurung bagi mengelakkan Covid-19 ini terus menular. Di Malaysia, hampir 4 minggu orang ramai diperintahkan untuk duduk di rumah.


Bayangkan aktiviti seperti berjoging di taman, bermain di padang dan sebagainya tidak lagi boleh dilakukan. Semua kena duduk rumah sebagai rakyat yang bertanggungjawab. Biarpun mereka ini masih lagi kreatif untuk mengisi masa yang ada.

Pelbagai aktiviti di rumah dilakukan bersama keluarga dan rakan serumah. Memasak, membuat video TikTok dan sebagainya. Namun bagi seorang lelaki dari luar negara ini lain pula halnya.

Gara-gara bosan berkurung, lelaki ini buat video main ski dalam rumah! Lain macam kreatif lelaki ini, cuma bagaimana pula gayanya main ski tanpa salji?

Menerusi laporan media luar, lelaki Jerman yang tinggal di Sepanyol itu membuat video main ski dalam rumah tersebut kerana bosan berkurung di kediamannya. Difahamkan lelaki berusia 28 tahun itu adalah seorang pembuat filem dan jurugambar bernama Philipp Klein Herrero.

Video yang dibuat itu dikongsikannya di YouTube Channel sendiri dan telah membuatkan ramai kagum dengan rakaman hebat itu. Menurut Philipp dia menggunakan stop-motion video untuk menghasilkan rakaman hebat itu.

Tambahnya lagi dia sepatutnya melakukan aktiviti itu bersama keluarganya namun disebabkan koronavirus mereka terpaksa menundanya. Jadi semasa tempoh berkurung ini dia asyik terfikirkan mengenai main ski dan dari situ dia dapat idea untuk menghasilkan video ini.

kredit HCL