Boy Iman Disahkan Muflis Gara-Gara Projek Rumah Tidak Siap

Peguam, Hizri Hasshan yang mewakili pemiutang penghakiman selaku pihak yang memfailkan tuntutan memaklumkan bahawa Boy Iman menerusi syarikatnya, DBI Technology Sdh Bhd ada melancarkan program pembinaan rumah mampu milik dikenali DBI Homes sekitar 2017 lalu.

“Anak guam kami menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.

“Pembinaan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan, namun projek akhirnya tidak menjadi dan pemiutang penghakiman yang menyedari sudah ditipu mahu membatalkan kontrak dan meminta Boy Iman membuat pemulangan wangnya semula.

“Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi mangsa ‘scam’,” katanya.

Menurut Hizri, tuntutan kes yang berlangsung dari 2019 itu akhirnya dapat diselesaikan hari ini apabila mahkamah memutuskan Boy Iman diisytihar muflis.

Katanya, prosiding guaman sivil sudah dilakukan dalam tempoh itu dan pihak Boy Iman gagal membuat pembelaan diri terhadap tuntutan dibuat.

Sehubungan itu, prosiding kebankrapan difailkan terhadap Boy Iman. Hizri turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam sebarang keputusan mahu dibuat membabitkan kewangan supaya tidak menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab

kredit sabah post

Artikel Berkaitan   Ramai Tidak Sedar Tiba-Tiba Ada Darah Tinggi Secara Tiba-Tiba, Ini Simpton Pertama Yang Anda Boleh Kesan