“Brengsek berani dgn cewek aja!” – [VIDEO] 3 Lelaki Gelak-Gelak, Seronok Terajang Kawan Perempuan Dalam Kelas

Viral sebuah video di media sosial menunjukkan tiga remaja lelaki di Indonesia membuli seorang pelajar perempuan di dalam kelas. Menurut Tribun, kejadian itu berlaku di SMP Muhammadiyah Butuh, Purworejo, Jawa Tengah pada 11 Februari baru-baru ini kira-kira jam 8 pagi.

Dalam rakaman video itu, tiga pelajar lelaki terbabit dilihat memukul di kepala serta menendang bahagian badan perempuan berkenaan berkali-kali. Dalam kesakitan dan ketakutan, pelajar perempuan itu hanya mampu menangis sambil menundukkan kepala ke atas meja untuk mengelakkan mukanya juga dicederakan.

Sumber: Twitter

Mula-mula keluarga tak tahu…

Seorang lagi rakan kepada tiga lelaki itu telah merakamkan kejadian buli tersebut dan semenjak video tersebut tersebar di internet ramai netizen bengang serta berharap mereka ditangkap.

Menurut laporan satu media, keluarga mangsa yang berusia 16 tahun itu dikatakan tidak tahu menahu tentang kejadian tersebut sehinggalah dia mengadu sakit badan kepada ibu saudaranya.

Budhe awakku loro kabeh (Budhe badanku sakit semua). Aku ditendangi kancane nang sekolahan (aku ditendangi teman di sekolah).”

Sumber: Twitter

Apabila ditanya mengapa mereka berbuat sebegitu, mangsa menjawab dia tidak buat apa-apa kesalahan namun tiba-tiba saja dipukul dan ditendang.

Koncoku nakal kabeh (Temanku nakal semua).”

Bengang sebab mangsa laporkan pada cikgu

Menurut Tribun, kejadian itu berlaku sebab sebelum ini mereka ada meminta wang daripada mangsa sebanyak 2,000 Rupiah (RM0.60). Mangsa kemudian melaporkan perkara itu kepada cikgu menyebabkan mereka naik angin.

Mangsa masih trauma, sorokkan muka

Gabernor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo, berkata ketika wakilnya melawat pelajar perempuan itu di rumah mangsa masih berada dalam keadaan trauma serta menyembunyikan mukanya di pelukan ibu saudara.

Pranowo juga menasihati kedua ibu bapa mangsa untuk cuti daripada kerja untuk berada bersama mangsa bagi membantu memulihkan perasaan trauma.

Hari ini saya sudah meminta Kepala Dinas saya untuk bertemu korban dan kedua orang tuanya. Kondisinya memang memprihatinkan. Kami minta kedua orang tua korban untuk tidak bekerja dulu sementara waktu. Agar waktu pendek ini ada trauma healing kepada si anak.”

Pembuli tak ditangkap pun!! 

Pihak berkuasa mengesahkan ketiga-tiga pelajar itu, berusia dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun tidak akan ditahan berikutan hukuman yang akan dikenakan jika mereka didapati bersalah cuma di bawah 5 tahun penjara.

Bagaimanapun, polis memberi jaminan akan tetap melakukan siasatan tentang kes itu dan akan terus memantau agar ianya tidak berulang lagi.

So, dorang terlepas macam tu je?! Tak fair langsung!