“Bro Lu Memang Tak Lupa Diri” Ucapan Achey Bocey Buat Netizen Kagum Sebab Tidak Lupa Diri Walaupun Sudah Artis

Setiap orang itu diuji berbeza-beza namun seringkali kita mendengar kisah-kisah yang menjadi inspirasi dimana apabila seseorang itu berusaha, pasti dia akan berjaya. Malah, seringkali kita mendengar nak berjaya perlu bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Ini kerana, untuk berjaya bukanlah semudah dengan apa yang dibayangkan kerana tentu saja bermacam-macam cabaran dan halangan perlu dihadapi bagi membolehkan kita berhasil mendapatkan apa yang dimahukan.

Walau bagaimanapun, orang yang berjaya hanyalah orang tidak mengenal apa itu menyerah kalah malah terus berusaha untuk mencapai kejayaan. Begitulah yang dirasai Achey apabila dia berkongsikan perasaan dimana dia kini berbeza dari 8 tahun lalu.

 

Menerusi Instagram, Achey memuat naik foto 8 tahun lalu dimana ketika itu dia bermain kompang dan dalam pada itu, diruangan kapsyen dia memberitahu dia masih sahaja bermain alat muzik berkenaan.

“Tapi aku masih juga begini… cuma rezeki kerjaya je sedikit berbeza, balik kg still main kompang lagi dik. Leader kompang dik,” ujarnya diruangan kapsyen.

 

Perkongsian berkenaan membuatkan warganet turut memuji sikapnya yang merendah diri dan dalam pada itu, netizen mendoakan agar dia terus dimurahkan rezeki.

Achey yang dikatakan tidak melupakan asal usul dipuji terbaik sehingga diruangan komen lebih dua ratus maklum balas positif ditinggalkan buatnya.

“Achey ni the real legend lah… memang jenis humble punya orang.”

  

kredit HCL