Buat aksi ala ‘Superman’, dua kanak2 & pemandu diburu polis

Tular dua keping gambar di laman media sosial pagi tadi apabila kelihatan dua kanak-kanak lelaki melakukan aksi lagak ngeri di belakang sebuah kereta yang bergerak di Taman Scientex, Johor Bahru.

Walau bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemandu dan kanak-kanak tersebut.

“Kami meminta kerjasama mereka tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis”Daerah (IPD) Seri Alam untuk membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
“Kami turut memohon kerjasama saksi kejadian atau mereka yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Seri Alam di nombor 07-3864222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, kejadian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata mengecam tindakan berbahaya itu selain boleh meragut nyawa.