Buat Apa Nak Cantik Tapi Menanggung Sakit, Pakar Dedah Bahaya Pakai Korset

Ramai wanita inginkan bentuk tubuh badan yang langsing, cantik dan perfect! Namun, ia bukan semudah itu.

Demi penampilan yang cantik menawan, ramai wanita memang sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga. Sanggup menggadaikan nyawa dan wang tanpa memikirkan kesan yang bakal menanti kemudian hari.

Ramai bersangka pemakaian korset akan memperbaiki postur tubuh badan. Namun, hakikatnya pemakaian korset yang ketat untuk jangka masa yang panjang akan mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemag dan memburukkan masalah sakit pinggang. Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang.

Pemakaian korset juga boleh mengakibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30-60%. Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang di dalam paru-paru yang boleh menyebabkan masalah pernafasan kronik.

Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja. Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penganiayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.

kredit era

Artikel Berkaitan   Petua Berkesan Bersihkan Hati Yang Kotor, Kuat Dengki Dan Hati Busuk!