Budak 10 tahun ajar rakan pandu kereta, terbabas langgar kereta orang lain

Orang kata budak-budak zaman sekarang ni memang terlebih berani! Tak padan dengan bawah umur, bukan sahaja motosikal malah mahu cuba untuk memandu kereta pula.


Ini satu kisah berlaku di Muar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Ted mengenai dua kanak-kanak berumur 9 dan 10 tahun membawa kereta secara tersembunyi.

Amik kunci kereta sendiri!
Menurut Ted, budak berusia 10 tahun itu telah mengajar seorang lagi kanak-kanak bagi memandu kereta sehingga menyebabkan mereka terlanggar kenderaan seorang kejiranan mereka.


Kereta terbabas dan remuk teruk!
Kereta dipandu oleh dua orang budak berkenaan terbabas dan hampir remuk teruk akibat terlanggar halaman dan merempuh pagar rumah kejiranan mereka sehingga roboh.


Jadi, salah siapa?
Kejadian tersebut membuatkan ramai terfikir siapa yang patut dipersalahkan. Namun kadang kala, sifat ingin mencuba kanak-kanak ini mungkin mendorong kepada tindakan terbabit.

Justeru, ibu bapa sewajarnya memantau perilaku dan semua tindak tanduk yang dilakukan oleh anak mereka agar kejadian seperti ini tidak akan berlaku pada masa akan datang.