“Bukan aku yang pukul bini tu!” – Muka hampir sama, Issey teruk dimaki netizen

Beberapa hari lepas, telah tular mengenai satu video memaparkan seorang lelaki memukul bekas isteri dan juga bekas bapa mertuanya sehingga mengalami kecederaan.

Sama tapi bukan dia
Wajah lelaki yang bekerja sebagai doktor itu juga tular di media sosial dan menerima pelbagai kecaman daripada netizen. Namun begitu, ada juga sesetengah daripada mereka tersalah anggap bahawa suspek yang memukul bekas isterinya adalah seorang penyampai radio, Issey Fazlisham.

Pelbagai tohmahan diterima oleh Issey sehingga dia berasa rimas dan membuat kenyataan di Instagram miliknya berkaitan perkara tersebut.

Janganlah maki aku gaisss
Selepas teruk dihentam di media sosial, Issey telah menjelaskan bahawa lelaki tersebut bukanlah dia dan hanya kebetulan sahaja mereka berwajah hampir seiras.

Issey turut meminta agar netizen berhenti mengecamnya dengan pelbagai kata-kata kesat kerana dia bukanlah individu yang dimaksudkan.

Diorang tak reti nak bezakan kot
Sehubungan dengan itu, menjengah keruangan komen Instagram penyampai radio dan juga pelakon tersebut, rata-rata peminatnya meminta Issey supaya bersabar dengan salah faham itu.

Ada juga yang berseloroh dengan kebetulan yang tak disengajakan itu memandangkan Issey juga merupakan seorang duda.

Artikel Berkaitan   “Impact Speed 270/280kmj Syukur Dipanjangkan Umur,” – Asyraf Mazlan Akui Lambo Berpusing 5 Kali Sebelum…