Bukan biasa-biasa! Uncle bawa myvi ‘berkepak’ curi tumpuan gadis

BUKAN biasa-biasa, begitulah pandangan warga Twitter mengenai sebuah Perodua Myvi yang dimodifikasi sehingga pintunya boleh dibuka ke atas, persis kereta mewah jenama antarabangsa.

Video kereta berkenaan yang dipandu oleh seorang lelaki dimuat naik ke laman sosial itu dan sehingga kini menerima lebih 346,000 tontonan.

Ia turut menerima lebih 31,000 ulang kicau (Retweet).

Beberapa gadis yang berada dalam kereta bersebelahan turut bertanya kepada lelaki itu mengenai kos ubah suai yang dilakukannya.

“Myvi guys, bukan biasa-biasa. Wow uncle. Uncle power la. Uncle berapa buat ni? Soal beberapa gadis berkenaan.

“RM2,800,” jawab lelaki itu dengan ringkas sebelum menurunkan semula pintu keretanya.


Paparan skrin posting tular berkenaan.

Video berdurasi 17 saat yang dimuat naik pada Sabtu itu turut dihujani dengan komen netizen.

Malah, rata-rata pelayar Twitter turut meluahkan rasa kagum setelah melihat kereta yang dimiliki lelaki itu.

“Ni kalau park tempat sempit pun no hal nak keluar kereta,” tulis bangsawanhina.

“Tak dapat nak kepak pintu lambo kepak pintu Myvi pon jadi,” tulis rafhanamaisara.

“Pintu macam nie kan dah lama orang buat. Dulu ada autoshow kelab kancil. Ada kereta buat macam ni. Tapi serius apa model pon nampak style plak pintu macam nie,” tulis princefirdTpG pula.

Artikel Berkaitan   “Aje giler macam gini!” – Jiran biadap longgok sampah sampai jejak bumbung