“Bukan kerana saya kecewa,” Tunku Azizah mula ‘bersuara’ sebab sebenar tutup akaun Twitter

‘KEHILANGAN’ Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam dunia Twitter kerana menyahaktifkan akaun laman sosialnya pada Rabu akhirnya terjawab.

Tunku Azizah yang memiliki akaun Twitter @cheminahsayang bagaimanapun menafikan keputusan baginda itu disebabkan oleh komen negatif segelintir netizen.

“Please, saya menyahaktifkan akaun saya bukan kerana saya kecewa, sedih atau marah dengan komen-komen mereka. Saya tidak baca mahupun menyedari perkara itu,” katanya menerusi paparan skrin yang dimuat naik di halaman Facebook House of Pahang, petang Jumaat.

Dipercayai ia merupakan komen baginda bagi mengulas punca penyahaktifan akaun Twitter tersebut.

Tanpa mengulas lanjut, Tunku Azizah menulis bahawa keputusannya tersebut dibuat atas sebab-sebab peribadi.

“Ia tiada kaitan dengan posting-posting berkenaan… saya ada sebab-sebab peribadi,” tulis baginda memberi pencerahan mengenai penyahaktifan akaun Twitter baginda sejak Rabu.

Tulisan Tunku Azizah bagi mengulas mengenai penyahaktifan akaun Twitternya.

Dalam pada itu, baginda turut menyeru semua pihak bertenang berhubung komen-komen negatif tersebut, tanpa perlu membuat sebarang laporan polis.

Netizen pada Khamis melancarkan kempen dengan tanda pagar #AmpunTuanku bagi ‘memujuk’ Tunku Azizah mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya @cheminahsayang.

Ia tiada kaitan dengan posting-posting berkenaan… saya ada sebab-sebab peribadi

Akaun Tunku Azizah ‘hilang’ dari radar Twitter bukan sahaja menggemparkan netizen, malah mengundang hiba khususnya buat pengikut baginda di laman sosial.

Kemunculan Tunku Azizah menerusi laman Twitternya yang mempunyai lebih 235,000 pengikut itu ternyata menjadi fenomena.

Kemunculan Tunku Azizah menerusi laman Twitternya ternyata menjadi fenomena.

Sementara itu, Firdaus Asraf salah seorang pemuda yang mengeluarkan kata-kata biadab terhadap Tunku Azizah tampil membuat permohonan maaf, pada petang Khamis.

Tindakan itu dipercayai dilakukan selepas individu terbabit menerima kecaman warga maya.

“Ampun tuanku beribu-ribu ampun, seandainya Raja Permaisuri Agong membaca warkah ini, patik memohon segala keampunan tuanku dan patik bersedia mengadap tuanku untuk memohon maaf seandainya Raja Permaisuri Agong berkenan menerima patik.

“Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong. Patik yang merendah diri, Firdaus Asraf,” katanya.

Netizen rayu aktif semula

Netizen melahirkan rasa sedi1h dan kec3ewa apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter Iskandar@cheminahsayang kelmarin.

Rata-rata netizen memohon ampun perkenan baginda supaya kembali aktif dalam laman sosial Twitter.

Difahamkan, baginda menutup akaun Twitternya berikutan komen nega@tif dari seorang pemilik akaun Yok@frdsasrf yang dikatakan mengeluarkan kenyataan kurang sopan pada ruangan komen akaun baginda.

Berikutan itu, netizen yang aktif dalam akaun Twitter baginda marah dan mengutuk Yok@frdsasrf kerana disebabkan komen nega@tifnya, rakyat terputus komunikasi dengan raja kesayangan.

Seorang netizen, Hazim Husaini memberi komen, dia suka membaca status Tunku Permaisuri Agong dan berharap baginda kembali aktif.

“Aku suka tengok twitter sebab ‘everytime’ aku buka, mesti ada ‘post’ daripada Raja Permaisuri Agong @cheminahsayang. Saya suka baca apa yang baginda kongsi setiap hari, ia beri keceriaan dalam hidup saya. Tolong kembali semula wahai Permaisuri Agong kami (I love to see Her updates every day, it cheers up my day. Our Queen, please come back),” katanya.

Rata-rata netizen melahirkan rasa sedih dan kecewa apabila Tunku Azizah menutup akaun Twitter baginda sejak kelmarin.
Bagi @lisazulkhaidah pula melahirkan rasa sedih dengan berita berkenaan.

“@cheminahsayang ampun tuanku tetapi bolehkan tuanku kembali semula. Saya rindu tuanku di Twitter (but can you please comeback, I miss our Permaisuri Agong, our bonda in twitter),” katanya berserta emoji hati.

Sementara itu, ada juga netizen menggesa pihak polis mengambil tindakan teg3as terhadap pelaku yang mengeluarkan kenyataan kurang sopan terhadap Tunku Azizah.

Menurut Jess@jezlai, tindakan itu perlu berikutan individu terbabit melakukan bvuli siber terhadap Permaisuri Agong.

Bagi Haruto@BlankyHuman, beliau tidak mahu mendengar Yok@frdsasrf meminta maaf kerana perbuatannya tidak padan dengan sekadar berbuat demikian.

“Bro (Yok@frdsasrf), lepas ni jangan minta maaf. (Kami) tak nak maaf kau tu. Tak padan dengan sekadar minta maaf je. Takyah minta maaf bro. Melayu macam kau la yang menjatuhkan institusi raja kita sendiri. Elok buang negara je, macam sultan-sultan dulu buat,” katanya dengan nada m@arah.

(Visited 135 times, 1 visits today)