
4 MAKANAN YANG BERSIHKAN PARU-PARU DALAM MASA 72 JAM – PEROKOK WAJIB BACA !!
Perokok sememangnya tahu bahaya merokok bagi kesihatan tapi tidak semua dari mereka mampu berhenti terutama jika telah menjadi perokok aktif selama bertahun-tahun.
Dalam artikel pengensehat.com kali ini kita akan mendedahkan empat jenis makanan yang terbukti dapat membersihkan paru-paru secara semulajadi dan pantas. Semua perokok wajib membaca artikel ini.
Salah satu efek paling merugikan dari rokok adalah kesan candu yang ditimbulkannya. Penyebabnya adalah nikotin yang merupakan zat ketagihan yang menimbulkan perasaan candu dalam diri perokok.
Nikotin mempengaruhi keseimbangan kimia dalam otak terutama hormon dopamine dan norepinephrine yang mengendalikan rasa puas, rileks dan bahagia.
Apakah makanan yang boleh membersihkan paru-paru perokok dalam masa yang singkat?
Makanan untuk membersihkan paru-paru
Jika seseorang mengisap rokok, nikotin di dalamnya akan merangsang otak untuk menghasilkan sedikit dopamin, akibatnya si perokok akan merasa rileks dan nyaman. Alam bawah sedar kemudian terus menerus meminta agar dopamin dihasilkan dengan lebih banyak, caranya dengan terus menambah pengambilan rokok.
Sayangnya, kebiasaan merokok ini memberi kesan kepada organ tubuh yang lain. Sebatang rokok diketahui mengandungi ratusan zat bahan kimia berbahaya seperti amonia, karbon monoksida, nikotin, kromium, kadmium, plumbum, dan lain-lain. Memasukkan bahan-bahan kimia ini ke dalam tubuh sama dengan meracuni tubuh sendiri.
Sebuah kajian pernah dilakukan terhadap paru-paru perokok. Hasilnya, orang yang menghabiskan satu bungkus rokok setiap hari berisiko mengalami kanser paru-paru 20 kali lebih besar dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok, di mana sebahagian besar kes kanser paru-paru baru muncul ketika perokok telah mencapai usia di atas 40 tahun.
Selain kanser, perokok juga berisiko mengalami jangkitan paru-paru yang dimulakan dengan gejala batuk kronik dan sering bercampur darah. Pada umumnya perokok mengabaikan gejala ini sampai akhirnya struktur paru-paru jadi rosak sehingga tidak dapat berfungsi dengan normal dan akhirnya akan menimbulkan komplikasi pada jantung.
Tidak ada cara untuk menghindari penyakit-penyakit di atas selain berhenti merokok dan mulaikan menjalani gaya hidup yang sihat. Tapi bagi anda yang masih sangat sukar untuk berhenti merokok, di bawah ini kami sediakan beberapa jenis makanan yang boleh anda ambil untuk membersihkan paru-paru anda dari racun dan zat kimia berbahaya.
4 Makanan Untuk Membersihkan Paru-Paru
Khabar baiknya adalah para ilmuwan baru-baru ini mengumumkan beberapa jenis makanan yang terdiri daripada buah dan sayuran yang mengandungi zat yang dapat membersihkan paru-paru dari zat kimia berbahaya dari rokok secara pantas.
1. Halia
Halia memiliki sifat antiseptik dan antibakteria dan juga membantu saluran bronkial untuk menghilangkan zat-zat berbahaya dari paru-paru. Manfaat yang umumnya langsung terasa oleh perokok setelah memakan Halia adalah pernafasan jadi lega dan nyaman. Cara terbaik untuk memakannya adalah dengan mengunyah sepotong halia segar untuk membuka saluran pernafasan yang tersumbat.
2. Jeruk bali
Jeruk bali memiliki khasiat yang sangat besar bagi kesihatan terutama untuk melawan kanser paru-paru. Buah ini sangat kaya dengan antioksidan yang dapat membantu tubuh mencegah sel kanser daripada tumbuh.
Menurut seorang pengkaji bernama Dr. Corrine Hanson, grapefruit atau jeruk bali juga kaya vitamin C yang menyebabkan buah ini memiliki kemampuan menghalang enzim yang dapat mengaktifkan sel kanser paru-paru. Perbanyakkanlah memakan jeruk bali jika anda seorang perokok aktif.
3. Selenium
Selenium adalah mineral yang merangsang enzim dan berkerjasama dengan vitamin E membantu dalam memperkuat membran paru-paru. Hasil penelitian mendapati kadar selenium dalam tubuh berbanding terbalik dengan jumlah sel kanser. Ertinya jika selenium banyak, maka sel kanSer akan menurun atau mungkin hilang, begitu pula sebaliknya.
Mineral Selenium banyak ditemukan dalam tembikai, cendawan, tiram, bayam dan ubi jalar. Jika anda seorang perokok, anda wajib mengambil makanan-makanan tersebut untuk meningkatkan daya tahan tubuh dan membersihkan paru-paru anda dari racun.
4. Bawang Putih
Kajian pernah dilakukan di Jiangsu Provincial Centre for Disease Control and Prevention di China. Hasil keputusan mendapati, rajin memakan bawang putih minimum dua kali seminggu dapat menurunkan risiko kanser paru sampai 44%.
Bawang putih dikenali mengandung antioksidan y4ng dapat mengurangkan radikal bebas dalam tubuh dan mengandungi allicin yang berfungsi untuk menghilangkan inflamasi dalam tubuh.
Itulah empat jenis makanan yang dapat membersihkan paru-paru dari racun akibat merokok. Selain keempat makanan tersebut, anda juga boleh memakan nagka belanda/durian belanda sebagai ubat penyakit kanser. Semoga bermanfaat, jangan lupa sebarkan artikel ini kepada rakan anda yang perokok aktif.
.
.
.
Buang racun dalam badan
Bentuk badan tidak menarik, berat berlebihan selain kerap berasa lesu, mungkin menjadi petanda dalaman tubuh perlu dicuci daripada toksin berlebihan.
Penasihat pemakanan kesihatan Kathryn Wong menjelaskan, bukan saja mengganggu kesihatan badan malah kehadiran toksik atau racun juga menyebabkan tubuh mudah berasa lesu walaupun tidak melakukan kerja atau mengangkat bebanan berat.
“Ada beberapa perkara yang boleh mempengaruhi kehidupan serta kesihatan badan seperti kebersihan alam sekitar, makanan dan aktiviti fizikal.
“Jika alam sekitar tidak bersih dan ditambah dengan pengambilan makanan berminyak serta mengandungi bahan kimia yang tinggi selain tidak bersenam, sedikit sebanyak ia boleh meningkatkan kandungan toksik di dalam badan.
“Justeru, setiap individu perlu ‘mencuci’ dalaman badan sebulan sekali bagi mendapatkan kembali tubuh yang sihat dan bertenaga,” katanya.
Selain mencuci dalaman badan, ia juga membantu menurunkan berat, menghasilkan toksin secara semula jadi dan tidak berbahaya, merehatkan tubuh serta memperbaiki sistem penghadaman.
Antara kesan yang boleh berlaku disebabkan kehadiran toksin berbahaya di dalam badan:
• Keletihan, tahap tenaga yang rendah atau kualiti tidur yang tidak baik.
• Sistem penghadaman lemah atau kekurangan zat makanan
• Lemah sistem imun atau mudah terdedah kepada jangkitan
• Kesukaran untuk mengawal berat badan, berat badan berlebihan atau berkurangan
• Peredaran darah yang kurang baik atau hati berlemak
• Warna kulit kusam
• Alahan ketidakseimbangan hormon
• Keradangan
• Emosi atau tidak dapat mengurus tekanan
• Penyakit kronik seperti darah tinggi atau kencing manis
Secara amnya, proses ‘pembersihan’ toksin dalam badan membantu memperbaiki sistem imun, penyerapan nutrien dan meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.
Proses penyingkiran toksin berbahaya ini boleh dilakukan menerusi amalan menikmati jus yang diambil daripada gabungan beberapa jenis sayur dan buah yang mempunyai banyak manfaat.
Buah dan sayur boleh membantu membersihkan dalaman badan kerana ia mengandungi enzim yang berfungsi menguraikan toksin berbahaya.
Selain itu, ia juga mengandungi sumber vitamin, mineral, antioksidan, bioflavonoid dan fitonutrien. Bagi yang mahu menghasilkan sendiri jus untuk mencuci dalaman badan daripada toksin berbahaya, Kathryn ada berkongsi resipi mudah membuat teh herba.
Ujarnya, lakukan sebulan sekali untuk membantu mencuci badan menggunakan gabungan kebaikan herba yang mudah didapati di dapur seperti serai dan pelbagai jenis dedaun – pudina, selasih serta mulberi.
Minuman teh herba berkenaan baik untuk mengimbangi jumlah kandungan asid atau alkali dalam badan terutama ketika musim jerebu.
Cara penyediaannya:
1. SEDIAKAN serai, daun pandan , pudina(Mint), selasih dan mulberi (atau mana-mana kombinasi bahan ini).
2. REBUS semua bahan bersama air minuman atau reneh menggunakan periuk masak perlahan dan siap untuk diminum – Harian Metro