Cara Buat Apam Lenggang, Empuk Di Dalam

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  •  1/2 cawan tepung gandum
  •  1/2 sudu kecil yis
  •  7-8 sudu besar gula
  •  1 cawan air
  •  1 cawan santan pekat
  •  1 biji telur
  1. Campurkan semua bahan kecuali santan.
  2. Gaul rata dan perap selama 2-3 jam.
  3. Masukkan santan dan gaul lagi.
  4. Panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali. Jika menggunakan non stick pan tak perlu gris minyak pada pan.
  5. Ambil 1 senduk adunan, tuangkan dalam kuali, dan lenggangkan mengikut saiz yang dikehendaki.
  6. Masak dengan api yang perlahan.
  7. Bila warnanya kekuningan boleh lah digulung atau dilipat dua.
  8. Siap untuk dihidang bersama sambal ikan bilis/kari ayam atau makan begitu sahaja.:)