Cara Buat Apam Pisang Lemak Manis, Gebu Gebas, Rasa Kesian Pulak Nak Makan..Hehe

  • 1 cawan pisang awak (lenyek halus)
  •  ½ cawan gula pasir
  •  Secubit garam
  •  2 cawan tepung beras
  •  1 cawan tepung gandum
  •  200 ml air
  •  250 ml santan pekat
  •  1 sudu teh baking powder
  •  1 sudu teh yis
  •  Kelapa parut putih
  1. Satukan pisang yang telah dilenyek bersama garam dan gula di dalam mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum.
  3. Masukkan yis (kalau nak bancuh yis dengan sedikit air pun boleh).
  4. Masukkan air dan santan pekat. Gaul rata semua bahan.
  5. Perap adunan selama  120 minit .
  6. Sapukan acuan dengan sedikit minyak.
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan.
  8. Kukus selama 15-20 minit menggunakan api yang kuat.
  9. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.

(Visited 770 times, 1 visits today)