Cara Buat Begedil Daging Padu.. Masak Di Luar, Lembut Di Dalam

Bahan-Bahan:

500 gram ubi kentang
150 gram daging kisar
1/2 biji bawang besar, didadu
2 biji cili merah, dihiris halus
2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
2 sudu besar bawang goreng
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur ayam
sedikit garam

Cara-Cara Memasak :

1. Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan.

2. Biarkan seketika hingga kurang panas.

3. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.

4. Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan “masher” dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.

5. Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.

6. Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.

Artikel Berkaitan   Resepi Istimewa Kari Ikan Tilapia Panggang, Mesti Tak Puas Punya