Cara Buat Jeruk Cili Hijau Rangup Dan Enak

Selain jeruk cili padi, ada juga antara kita gemarkan rasa jeruk cili hijau untuk dimakan bersama bihun goreng mahu pun cukup popular untuk melengkapkan lagi sajian cha kiew tiaw yang dijamah. Rasa jeruk cili yang pedas-pedas manis, masam dan menyengat serta ditambah keranggupan rasa ketika mengunyah cili jeruk menjadikan ianya cukup sempurnan.

Untuk itu, mungkin ada yang tercari-cari cara dan bagaimana untuk menyediakan cili jeruk yang enak dan ranggup. Dan bertuahnya, resipi tersebut banyak di kongsikan oleh rakan kita di media sosial dan tanpa lokek berkong tip dan petua bagi menghasilkan cili jeruk yang terbaik.Ini sebagaimana perkongsian Nurul Nadia di akaun fbnya. Jom semak.

“Saya nak share cara saya buat cili jeruk…Biasa kalau ada tempahan mee goreng atau mee kari,saya akan sertakan cili jeruk ni sekali..Alhamdulillah setakat hari ni tak mengecewakan & mendapat pujian..Cili jeruk yang biasa saya buat,boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup tau…”–Nurul

Bahan-bahan:

Cili hijau (ambil yang segar/keras)
Gula
Garam
Cuka
cara buat :LANGKAH PERTAMA:

Pastikan cili hijau kering. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama,lap pakai tisu, yang penting kering.

LANGKAH KEDUA :

Bila dah kering,potong ikut suke ye. Nak cantik, pakai pisau yg betul2 tajam. Lepas dah siap potong. Buang biji-bijinya.

LANGKAH KE TIGA :

Masukkan dalam botol kaca, kalau botol lain saya tak jamin fresh.
Masukkan 2 sudu gula dan 2 camca kecik garam..dalam kes saya ni,saya bubuh 5/6 cili,
gula dan garam,kemudian bubuh lagi balance cili (sebenarnya sbb tak nk bagi gula dan garam tumpah.
Kemudian masukkan cuka sehinga 2/3 botol…takyah buh penuh cukanya,nanti susah nak ceduk..membazir pun ado).

Artikel Berkaitan   Rock Melon Dijual RM5 Sekilo, Zulkifli Zakaria Raih Pendapatan RM4000 Sebulan

LANGKAH KE EMPAT :

Dah siap,tutupkan botol kaca tu,tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam, gula dan cuka.

AKHIRNYA :

Siap,esok dah boleh makan. InsyaAllah tahan lama dan rangup.

Tips: Botol dan cili perlu dipastikan betul-betul kering. Kalau tak ,cili jeruk akan cepat diselaputi lapisan putih (kulat).sumber : Nurul Nadia Dan Azhar Via MAHN

Sumber: Keluarga