Cara Buat Kek Buah Kukus Di Rumah Sendiri. Simple Dan Mudah!

  • 225 gm mentega
  •  340 gm gula pasir
  •  Air panas secukupnya
  •  500 gm mixed fruits/buahan campuran
  •  3 biji telur gred A
  •  1 sudu kecil esen vanila

Bahan Untuk Diayak:

  •  1 sudu kecil cream of tartar
  •  2 sudu kecil soda bikarbonat
  •  350 gm tepung gandum
  •  1 sudu kecil serbuk buah pala/ground nutmeg- optional
  1. Masukkan gula pasir dalam kuali serta air sedikit demi sedikit dan masak sehingga gula menjadi perang keemasan. Kemudian,masukkan mentega dan biarkan cair. Masukkan pula buahan campuran dan biarkan mendidih seketika.
  2. Masukkan dalam mangkuk yang besar.Ketepikan dan sejukkan sebentar.
  3. Masukkan semua bahan yang diayak ke dalam bahan gula( mangkuk besar tadi) sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga rata dan sebati.
  4. Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang empat segi bersaiz 7″x7″ yang telah dialas kertas kek dan disapu dengan mentega.
  6. Kukus selama 1 jam dengan api yang sederhana di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
  7. Alas penutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitis ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang dengan aluminium foil yang disapu dengan mentega.
  8. Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong..

Artikel Berkaitan   Ya Allah Sedapnya Puding Marble Ni. Hari Ni Terlebih Rajin Okey