Cara Buat Nasi Ayam Ala Hotel 5 Bintang. Kos Sangat Murah

Nasi ayam ringkas tp sedap…

  • Bahan-bahan kuah sup:
  • 1 ekor ayam – buang kulit dan potong 4
  • 1 biji bawang besar kuning – hiris
  • 3 bawang putih – hiris
  • 2 inci halia – hiris
  • Sup bunjut
  • Sedikit bawang goreng
  • Daun sup
  • Garam

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumis bawang , halia dan sup bunjut sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kekeringan .
  3. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak.
  4. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa.
  5. Tutup api dan keluarkan ayam.
  6. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang dan daun sup.

Bahan-bahan nasi ayam:

  • Beras – basuh dan tos
  • Kuah sup
  • Daun pandan

Cara-cara membuatnya:

  1. Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak.
  2. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya.
  3. Tutup semula dengan nasi.
  4. Akhir sekali, kacau rata.

Bahan-bahan sambal

  • 5 tangkai cili padi merah siam – saya guna cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia – saya tambah
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula atau secukup rasa
  • 1/2 cawan air rebusan ayam – saya tambah
  • Sos tomota – opsyenal saya tambah

Cara cara membuatnya:

  1. Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih.
  2. Masak di dalam kuali.
  3. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa.
  4. Tambah sedikit air rebusan ayam.
  5. Masak dengan api kecil sehingga likat.

Bahan-bahan ayam goreng:

  • Ayam yang rebus tadi – angkat dan tos
  • Kicap

Cara-cara membuatnya:

  1. Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan.
  2. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati.
  3. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.. siap…..!!!
Artikel Berkaitan   Petua Nak Cantikkan Pisang Goreng, Dalam Lembut Dan Sedap