Cara Buat Popia Basah Yang Mudah Dan Sedap, Isi Padat Boleh Try Ni

Bahan Untuk Kulit

  •  2 cawan tepung gandum
  •  1 biji putih telor
  •  3/4 cawan air
  •  2 sudu makan cuka
  •  secubit garam

Bahan Untuk Inti Popia

  •  1/2 biji kobis – di racik halus
  •  3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
  •  1 biji sederhana bawang besar
  •  3 ulas bawang putih
  •  1 sudu besar sos tiram
  •  1 sudu makan udang kering
  •  garam secukupnya
  •  minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Kulit

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sekurang – kurangnya 1/2jam.
  2. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam. Mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
  3. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar.
  4. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis – lapis ia tak melekat.

Cara Menyediakan Inti Popia

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
  3. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam.
  4. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga sedikit layu.

Sumber : FB Koleksi Resepi Lazat Untuk Keluarga Tercinta

Artikel Berkaitan   Buttercake Kukus Simple Sedap!!