Cara Buat Puding Roti Dan Epal. Memang Sedap Dan Mudah

  • 6 keping roti sandwich – ikut la brand pe pun..- dicarik2kan
  •  4 sudu teh marjerin
  •  4 sudu makan kismis hitam
  •  4 biji buah epal hijau – dipotong 8 bahagian – spt potato wedges
  •  1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  •  2 cawan susu segar
  •  2 biji telur gred A
  •  2 susu teh gula @ secukupnya
  1. Panaskan ketuhar anda pada suhu 180°C
  2. Masukkan roti yg telah dicarik tadi ke dalam mangkuk sederhana bersama marjerin dan gaulkan sebati.
  3. Sapukan sedikit marjerin pada lapisan bawahnya dan susunkan SEBAHAGIAN roti tadi dalam loyang sebagai lapisan pertama.
  4. Kemudian,untuk lapisan kedua…susunkan pula buah epal dan taburkan kismis hitam diatasnya.
  5. Setelah itu,susun SEBAHAGIAN lagi roti tadi diatas permukaan buah epal tadi sebagai lapisan ketiga.
  6. Dalam mangkuk berlainan,campurkan susu segar,gula dan telur dan kacau hingga kembang dan sebati.
  7. Tuangkan ke atas lapisan roti tadi.
  8. Bakar dalam ketuhar selama 30-40 minit.
  9. Boleh dipotong dan dihidangkan.

(Visited 123 times, 1 visits today)