Cara Buat Roti Bun Kosong Lemak Manis, Memang Lembut Dan Sangat Sedap

Sekiranya anda mencari resepi ban manis untuk dimakan begitu sahaja atau untuk dimakan bersama dengan sosej seperti connie dog, resepi ini untuk anda.

Resepi Ban Manis ini amat mudah untuk disediakan, ianya juga mempunyai bahan yang ringkas. Oleh itu, anda juga boleh sediakan dan hidangkan kepada keluarga anda.

Resepi Ban ini dikongsikan oleh Fierah Zulaikha dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi, jom scroll!

Resepi Ban Manis

Bahan – bahan:

Resepi untuk 500 gram

  • 500g tepung roti
  • 90 gram gula halus
  • 7 grm garam halus
  • 28 gram shortening
  • 8 gram yis
  • 3 gram magic improver
  • 266 ml air sejuk

Resepi 250 gram

250 gram tepung roti

  • 45 gram gula halus
  • 4 gram garam halus
  • 14 gram shortening
  • 4 gram yis
  • 1 gram magic improver
  • 133 ml air sejuk

P/s: Air sukatan anggaran sahaja. Letakkan air sedikit dahulu mengikut kelembutan doh masing-masing. Boleh masukkan telur jika mahu.

Cara – cara penyediaannya:

  1. Campur semua bahan kecuali yis dan air sejuk.
  2. Putar sebati dan masukkan air sejuk dan adun.
  3. Kemudian, masukkan yis dan adun hingga doh menjadi elastik.
(Visited 263 times, 3 visits today)