Cara Buat Sendiri Nasi Kak Wok Di Rumah, Rasa Sedapnya Sama Macam Yang Original Punya!

  • 2 mangkuk keropeh ayam (campuran kaki, sayap,hati, pedal dan tulang ayam)
  •  Rempah ratus secukupnya – kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
  •  Santan dari sebiji kelapa
  •  2 biji cili hijau – dihiris
  •  2 biji terung – dipotong kecil
  •  2 biji lobak merah – dipotong kecil
  •  3 batang kacang panjang – dipotong kecil
  •  Sedikit air asam jawa
  •  Minyak untuk menumis
  •  1 peket kecil rempah kari ayam Adabi / Baba’s dicampur sedikit air
  •  Sedikit gula melaka
  •  Air asam jawa secukupnya
  •  Gula dan garam secukupnya

Bahan Dimayang/dikisar kasar

  •  5 ulas bawang putih
  •  5-8 ulas bawang merah
  •  1 inci halia
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan rempah ratus dan gorenglan seketika.
  3. Masukkan bahan yang dimayang , goreng hingga wangi dan agak garing.
  4. Kemudian, masukkan rempah kari, masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  5. Seterusnya, masukkan keropeh ayam, tutupkan periuk, kecilkan api. Balik-balikkan dan biarkan seketika.
  6. Masukkan santan, sedikit air asam jawa, cili hijau, terung, lobak,kacang panjang berserta garam dan gula secukup rasa.
  7. Masak sehingga keropeh ayam empuk.
  8. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih, hirisan timun, ayam goreng bersama sambal belacan.
Artikel Berkaitan   Sup Telur Chinese Style. Wanita Ni Kongsikan Resipi Yang Menjadi Kegemaran Mertuanya!