Cara Masak Ayam Stew Yang Perfect, Kuahnya Cukup Rasa Dan Likat, Isi Dalam Lembut

Sedap juga resepi ayam masak stew ni. Cara memasak pun mudah.

Orang laki pun boleh cuba ni. Jom pakat ramai-ramai buat!

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)
    • 1 ulas bawang besar
    • 3-4 biji Bunga cengkih
    • Bunga lawang
    • kulit kayu manis
    • air
  • lada sulah
    • garam secukup rasa
    • 2 biji ubi kentang
    • 1 biji lobak merah
    • sedikit tepung jagung + sedikit air

CARA-CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam,perap seketika.
    2. Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah digaul tadik,hingga kekuningan.Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.kacau seketika Masukkan air (ikut banyak mane kuah yang anda nak).
    3. Masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).
    4. Masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa)
    5. Bila da agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air sebelum masukkn kedalam stew tadi).
    6. Ikut kesukaan anda samada nak stew ayam tersebut pekat atau tidak. Last sekali masukkan bawang besar yang dipotong 4.
    7. Bila da masak, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi atau pun roti.

Selamat mencuba!Jangan lupa share dengan kawan-kawan ye.
Terima kasih!

Artikel Berkaitan   Resepi Ramadan Ke 28 Cara Buat Daging Budu, Dah Pernah Try, Memang Sedap