Cara Masak Yang Betul, Telur Itik Masak Lemak Dengan Belimbing Buluh

  • 6 biji telur itik – dibasuh dan dicuci telur untuk menghilangkan kekotoran pada kulitnya
  •  2 kotak kecil santan pekat
  •  2 kotak kecil air
  •  2 batang serai – dititik
  •  2 helai daun kunyit – dibuang tulang daun dan dihiris halus
  •  10 biji belimbing buluh – dibelah dua
  •  Garam
  •  Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat

  •  Segenggam cili api
  •  2 inci kunyit hidup
  •  1/2 biji bawang besar
  1. Masukkan bahan tumbuk, serai dan secawan air ke dalam kuali.
  2. Kacau dan masak hingga airnya sedikit kering.
  3. Masukkan santan dan air. Masak guna api sederhana dan sentiasa dikacau untuk elak santan pecah.
  4. Bila santan sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi hingga kuah mendidih sekali lagi.
  5. Pastikan sentiasa dikacau.
  6. Perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu di tempat yang berlainan. Biarkan sehingga telur masak. Tak perlu kacau sehinggalah telur keras dan masak.
  7. Kemudian, perlahan-lahan dan berhati-hati, masukkan sudip ke dasar kuali supaya telur tidak lekat pada dasar kuali.
  8. Bila telur sudah masak sempurna, tutup api dan hidangkan.
Artikel Berkaitan   “Nak Masak Rendang Ayamlah Hari Ni, Bau Wangi Rasa Pun Sedap Sangat!”