Cara Menanam Betik Yang Baru, Buah Banyak Walaupun Masih Dalam Pasu

TUT (Teknologi Lenturan Udara) atau Marcotting adalah pembiakan tumbuhan yang di lakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Teknik ini menyekat atau menghalang bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk. Apabila dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar pada dahan tersebut untuk mencari makanan dan air.

Kelebihan kaedah ini ialah pokok betik berbuah sangat rendah dan tidak perlu gunakan tangga atau jolok untuk menuai hasil. Pokok lain yang boleh lakukan kaedah TUT ialah pokok limau, ciku, Pokok Tin, lemon, mangga, jambu air, jambu batu dan sebagainya.

Teknik ini banyak di gunakan di negara Thailand, sebuah negara pertanian yang jauh lebih maju berbanding Malaysia. Usia atau jangka hayat pokok betik TUT ini bergantung pada penjagaan dan pembajaan. Ia boleh berbuah sehingga 3-5 tahun, jika diusahakan dengan sungguh-sungguh boleh memberikan pulangan yang lumayan.

Selain itu, buah betik ini amat baik untuk kesihatan badan dan mengandungi banyak vitamin serta serat yang tinggi. Amalan memakan buah betik setiap hari dapat mengatasi pelbagai penyakit seperti simbelit atau masalah usus.

Sudah menjadi kebiasaan saya untuk berikan anak-anak makan buah-buahan terutama betik dan tembikai setiap pagi terutama si Fabian yang gemar makan makanan ringan, saya akan berikan buah betik sebelum ambil sebarang makanan lain.

Amalan memakan buah betik sebelum makan dapat mengelak masalah simbelit terutama pada kanak-kanak. Jangan ambil mudah simbelit ni, ramai pesakit mengalami masalah usus disebabkan pemakanan yang tidak teratur dan kurangnya makan buah-buahan.

Artikel pagi hari jumaat saya kongsikan cara mengeTUT (Marcotting) pokok betik supaya berbuah rendah dan boleh ditanam dalam pasu.

Artikel Berkaitan   Ternak 5000 Ekor, Harga Daging RM28 Sekilo, Shaik Mohamad Azmi Mampu Jana Pendapatan Lumayan Ternak Ayam Piru

CARA-CARANYA:

Potong menggunakan pisau atau parang tajam cari bawah 45 sudut (lihat gambar dibawah), dan letakkan sebatang kayu kecil atau lidi (lihat gambar ke dua di bawah), hati-hati jangan terkena getah pokok betik kerana ia amat gatal


Bungkus cocopeat atau sabut kelapa dalam plastik lutsinar dan belah seperti dalam gamabr di bawah


Letakkan cocopeat yang teleh dibelah tadi pada pokok betik yang akan di TUT

Letakkan cocopeat di tengah-tengah

Ikat dengan tali rafia

Pastikan ikat ketat supaya cocopeat tidak pecah bila akar tumbuh, kalau nak letak hormon penggalak akar lagi bagus supaya proses mengeTUT lebih cepat, akar keluar lebih cepat


Selepas sebulan, akar sudah keluar, anda bolehlah potong dahan yang sudah di TUT


Tanam dalam pasu ja pun boleh bah, nampak sokoyut dan comel, paling best senang nak ambil buah bila masak

Selamat mencuba! jangan lupa follow fb saya Donny Bin Ien dan like page Pertanian Satu Perniagaan untuk dapatkan banyak lagi tips dan ilmu pertanian. Rugi oo tak follow bossku!

Kredit gambar Google