Cara Mengajar Professor 71 Tahun Tarik Perhatian Netizen Gara-Gara Mengajar Dengan Cara “Pelik”

VIRGINIA – Seorang profesor fizik berusia 71 tahun meraih perhatian warga media sosial selepas salah seorang pelajarnya memuat naik video kompilasi memaparkan teknik mengajar unik dan menyeronokkan yang dipraktikkan lelaki berkenaan.


Profesor David Wright, mengajar fizik konseptual di Kolej Komuniti Tidewater di Virginia, Amerika Syarikat sering hadir dengan idea baharu serta kreatif bagi memastikan para pelajarnya berminat mengikuti kelasnya.

Kegigihan profesor berkenaan menjadi perhatian selepas pelajarnya bernama Erica Church, memuat naik video kompilasi pelbagai demonstrasi dan eksperimen yang dilakukan Wright sepanjang semester di laman Twitter, video terbabit kemudian menjadi tular.

Daripada membuat ais krim untuk pelajarnya menggunakan nitrogen sehinggalah melompat dengan ‘pogo stick’ untuk mengajar tentang graviti, Wright sering melakukan eksperimen sains bagi membolehkan pelajarnya memahami aplikasi fizik.

Dalam pada itu, ramai pihak menghargai kesungguhan dan kaedah kreatif yang dilakukan Wright dalam mengajar subjek kegemarannya itu. – Agensi