Cara Mudah Tanam Kelapa Matag – Potensi Pendapatan Setahun Mencecah RM34,888.00

1. Harini admin akan kongsikan penanaman Kelapa Matag. Antara keperluan asas yang perlu diketahui oleh petani adalah tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur.

2. Seterusnya adalah menanam kekacang penutup bumi. Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagian Ceutrosema pubescens.

3. Tanaman kekacang ditanam di kawasan selebar 2 meterdi antara tiap baris anak benih kelapa.

4. Pokok Tagnanan(jantan) mesti berusia lapan tahun ke atas kerana pengeluaran buahnya sudah seragam. Manakala pemilihan pokok induk MRD mesti mencapai usia lima tahun ke atas bagi memastikan ia berkualiti.

5. Pendebungaan dilakukan dengan menyapukan debunga jantan Tagnanan pada bunga betina yang matang kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya. Proses perlu diulang pada setiap bunga betina diulang setiap hari selama lima hingga tujuh hariatau sehingga stigma berwarna hitam.

6. Semaian buah Matag selama 4-5 bulanditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar. Kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau jadi seperti MRD/MYD atau Tagnanan.

7. Anak benih kelapa hibrid MATAGyang berusia 4-12 bulanboleh dipindahkan ke ladang untuk penanaman. Gali lubang tanaman kelapa berukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m. Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah.

8. Dua minggu kemudian, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut. Padatkan tanah dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa.

9.  Jarak penanaman adalah tiga segi sama(8.1 m x 8.1 m (178 pokok/ ha) atau sistem empat segi(152 pokok/ha).

Artikel Berkaitan   Harga Pasaran RM4500 Seekor, Hanif Malek Kongsi Rahsia Bagaimana Jana Pendapatan Lumayan Ternak Lembu

10. Siram anak pokok sebelum di tanam di ladang dan siram dua kali sehari setelah ditanam. Penggunaan baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.

11. Pokok mula berbuah seawal berumur 3 tahun. Buah melebihi 25,000 biji sehektarsetahun. Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.

12. Sepohon pokok boleh terjual RM 25-50dan anggaran pendapatan setahun ada RM34,888.00

Artikel ini dipetik dari harizzamry dan ditulis semula oleh Sifu Durian.