Cara Nak Buat Ayam Khao Mok Ala Thai. Nampak Macam Nasi Ayam Tapi Lebih Enak

  • 6 ketul ayam – bahagian yg digemari
  •  2 cawan beras basmathi – dibersihkan dan ditoskan
  •  2 biji bawang besar – dihiris halus
  •  3 ulas bawang putih – dihiris halus
  •  1 sudu besar serbuk kari
  •  1/2 sudu besar serbuk kunyit
  •  1 batang kulit kayu manis
  •  2 helai daun salam/bay leaf
  •  1/4 cawan santan
  •  2 kiub pati ayam
  •  garam dan gula secukupnya
  •  timun dan tomato sbg hiasan

BAHAN UNTUK SOS :

  •  2 batang cili hijau – dihiris nipis
  •  5 cm halia – dihiris nipis
  •  1 genggam daun ketumbar – dicincang
  •  3 biji bawang besar – dihiris nipis
  •  1/3 cawan gula
  •  1/3 cawan cuka masak
  •  garam secukupnya
  •  sedikit air suam
  1. Ayam yang telah dibersihkan tadi digaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng hingga garing..Asingkan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Masukkan kulit kayu manis, bawang besar,bawang putih yang telah dihiris halus dan tumiskan hingga naik bau.
  4. Masukkan pula beras yang telah dibersihkan tadi dan kacau rata.
  5. Kemudian,masukkan serbuk kari serta serbuk kunyit dan gaulkan rata.
  6. Satukan beras dan ayam yang telah digoreng tadi di dalam rice cooker.
  7. Masukkan kiub pati ayam,santan,daun salam,garam serta gula dan mulakan memasak nasi hingga masak.
  8. Hidangkan bersama sos,hirisan timun serta tomato

Cara Menyediakan Sos :

  1. Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk bersama air suam.
  2. Perasakan dengan gula dan garam

Artikel Berkaitan   Cara Buat Sambal Belacan Sama Macam Kat Kedai, Boleh Simpan Lama