Cara Nak Buat Macaroni Tuna, Kekadang Nak Juga Sediakan Makan Western Untuk Malam

  • 1/2 kg makaroni
  •  1 tin chilli tuna Ayam Brands
  •  1/2 biji bawang besar – dihiris
  •  3 ulas bawang putih – dihiris
  •  1 biji lada benggala hijau – dihiris
  •  1 biji lada benggala merah – dihiris
  •  2-3 sudu makan sos Prego
  •  Sedikit garam dan gula serta lada sulah secukupnya
  1. Masukkan makaroni dalam periuk bersama air secukupnya.
  2. Apabila telah mendidih,angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga garing dan naik bau.
  4. Kemudian,masukkan sos Prego dan biarkan masak seketika.
  5. Masukkan cili tuna serta lada benggala dan kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam dan gula serta lada sulah.
  7. Akhir sekali masukkan makaroni tadi dan gaulkan rata.
  8. Siap untuk dihidang.
(Visited 76 times, 1 visits today)