Cara Pemangkasan Durian Agar Berbuah Lebat dan Pendek
Pemangkasan pokok durian dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok durian yang mempunyai batang utama yang tegak dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang.
Pemangkasan pokok durian matang selalunya dibuat selepas musim buah dengan membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, dahan-dahan yang patah, layu, berpenyakit disamping memberikan pengudaraan yang baik serta membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi.
Jenis pemangkasan yang biasa diamalkan adalah:
Pemangkasan pembentukan batang utama di awal pertumbuhan.
Pemangkasan penjagaan seperti membuang tunas-tunas air yang tidak produtif, mati dan berpenyakit.Mengurangkan penggunaan racun kimia.
Tujuan pemangkasan ialah:
Membentuk dan mengawal pembentukan pokok.
Membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati.
Memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok.
Mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik.
Kredit: Yanto to