Cara Simpan Ikan Supaya Kekal Segar Selama Berbulan-Bulan

Kalau tau teknik menyimpan yang betul, tak mustahil ikan akan kekal segar dalam peti beku walaupun dah berbulan-bulan. Ini cara yang dikongsikan Puan Normah Bahari. Selamat mencuba.

Cara-Caranya
Siang dan potong ikan ikut saiz yang kita mahukan.


Bersihkan ikan. Guna bekas berjaring lebih mudah.


Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak.


Tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut, kemudian frozenkan.

Bila nk masak, keluarkan dan biarkan ia cair. Kalau nak masak pagi, keluar dari malam. Kalau nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. InshaAllah ikan kita tetap segar macam baru beli.

Nota Tambahan:
Simpan ikan ikut portion untuk sekali masak. Jangan simpan semua ikan dalam satu bekas. Sebab bila kita cairkan nanti dan ambil sebahagian je untuk masak, pastu simpan semula yang selebihnya. Ikan yang selebihnya tu akan jadi tak fresh.
Pastikan air melebihi paras ikan.

(Visited 1,099 times, 1 visits today)