Cara Simpan Tauhu Yang Betul Supaya Tauhu Tak Cepat Masam

Tauhu yang disimpan lama-lama biarpun disimpan dalam peti ais, akhirnya mesti akan jadi masam.

So kalau nak bagi tauhu tu tak jadi masam, kena  tahu cara yang betul nak menyimpannya.

Petua Simpan Tauhu

Mula-mula bersihkan dulu tauhu yang dibeli tu dengan air bersih dan biar ia kering. Lepas tu masukkan tauhu tersebut dalam satu bekas dan rendam dengan air panas. Rendamkan sehingga air dalam bekas tu menjadi sejuk.

Kemudian barulah dikeluarkan tauhu tu dan masukkan dalam satu bekas lain. Isikan air bersih dan simpan dalam peti sejuk @ ais. Kalau tak disimpan dalam peti sejuk pun tak mengapa kerana dengan kaedah atau petua nie tauhu yang dsimpan tu akan tahan lama dan tidak bertukar menjadi masam.

Artikel Berkaitan   Resepi Roti Arab (Makan Bersama Kari Pasti Sedap!)