Cara Solat Jika Terperangkap Dalam Kesesakan Lalu Lintas Atau Dalam Kapal Terbang

Solat fardu adalah solat yang telah di tentukan waktu-waktunya. Tidak boleh di tinggalkan begitu saja tanpa sebab yang di benarkan oleh syarak. Seseorang tak boleh mengqada’kan solat fardunya dengan sengaja.


Kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar adakalanya sukar diramal. Mungkin setiap daripada kita pernah terlepas mengerjakan solat kerana terperangkap di dalam kesesakan ini. Lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang pulang bekerja di waktu petang dan terpaksa menempuh keadaan trafik yang menyesakkan. Apakah hukum meninggalkan solat dalam situasi ini?

Menurut Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad yang merupakan Guru Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru dan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Johor, hukum meninggalkan solat kerana alasan tersebut adalah berdosa. Ini kerana solat tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

solat dalam kenderaan, solat dalam kapalterbang, solat dalam perjalanan, solat dalam bas, solat dalam kereta, solat dimana sahaja

Cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi adalah dengan menjamakkan solat antara zohor dan asar atau maghrib dengan isyak. Demikian seperti yang dinyatakan Sarjana Islam Kontemporari, Syaikh Muhammad Soleh Al Munajid yang merupakan anak murid kepada beberapa tokoh ilmuan antaranya Mufti Arab Saudi.

Sementara itu, menurut Asy-Syaikh Ibn Uthaimain pula dalam fatwanya menjelaskan sekiranya seseorang itu berniat musafir, mereka boleh melakukan solat jamak antara solat zohor dan asar di rumahnya sebelum keluar musafir kerana bimbang akan terlepas waktu solat asar. Keadaan ini relevan dengan situasi mereka yang menaiki pengangkutan awam dan sukar untuk berhenti menunaikan solat. Pun begitu, solat jamak yang dilakukan mestilah dengan 4 rakaat dan bukan 2 rakaat kerana belum mula musafir.

PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN
Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan
Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa
Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal sepertu biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukar arah.

Bagi mereka yang dalam penerbangan ke destinasi masing-masing boleh tengok video cara solat dalam kapal terbang ni: