Cara Yang Digunakan Peniaga Untuk Simpan Ikan Berbulan, Lepas Keluarkan Ikan Masih Segar

Rupanya ada cara yang nak simpan ikan dalam peti beku. Caranya mudah saja. Lepas siang ikan, bersihkan dan rendam dalam air. Nanti masukkan ikan terendam tu dalam peti beku. Ini perkongsian daripada Puan Normah Bahari dalam grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Ada beberapa ahli yang dah mencuba dan hasilnya mereka akui ikan masih segar walaupun dah dua minggu.

Cara Simpan Ikan Yang Betul Dalam Freezer

Bersihkan ikan. Guna bekas berjaring lebih mudah.

Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut. Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian beku.

Bila Nak Masak


√ Keluarkan dan biarkan ia cair.
√ Kalau nak masak pagi, keluarkan dari malam.
√ Bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.
√ Boleh juga digunakan untuk simpan ayam, sotong atau udang. Caranya sama macam step di atas.

Artikel Berkaitan   13 Kaedah Merawat Gout Secara Natural Tanpa Ubat Ubatan