“Cedera Ditimpa Dinding Dasa Kebakaran,” Ramai Titip D0a Buat Abam B0mba

Baru-baru ini, empat anggota bomba dilaporkan cedera ketika memadamkan kebakaran yang melibatkan tiga unit rumah kedai dua tingkat di Lebuh Carnarvon, Georgetown.

Salah seorang daripada mereka, Muhammad Faris Latiff telah dibenarkan pulang ke rumah selepas 10 jam berada di wad kecemasan dengan keadaan separa kritikal di Hospital Pulau Pinang.

Perkara tersebut dikongsi Bomba Bagan Jermal di laman Facebook yang memohon doa orang ramai agar Muhammad Faris segera sembuh seperti sediakala.

Dah keluar dari hospital

“Sebagai sahabat seangkatan, ketahuilah olehmu wahai PBB Muhammad Faris, kamu adalah hero sebenar dalam operasi pemadaman ini,” tulis kapsyen posting berkenaan.

Cedera & luka kecil

Warganet rata-ratanya tidak ketinggalan mendoakan Muhammad Faris supaya sembuh daripada kesakitan yang dialami dan kembali bertugas seperti biasa.

Semoga cepat sembuh!

Hero sebenar! Semoga dipermudahkan

Artikel Berkaitan   Neelofa Umum Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular