Chef Wan Bising Dekat Bekas Isterinya Kerana Tidak Menjaga Pemakanan

Pelan penjagaan yang disesuaikan dengan budaya dan keadaan di Malaysia turut mengambil kira perbezaan dalam gaya hidup dan penyediaan pelan makanan yang disusun rapi.

Kajian yang dilakukan di dalam negara itu menunjukkan, pelan pengurusan diabetes yang mengambil kira budaya dan tingkah laku pesakit seperti bagaimana dia berdiet dan tabiat makan, boleh membantu mencapai matlamat kesihatan yang mereka mahukan.

Siapa tak kenal dengan mulut laser Chef Selebriti tersohor tanah air, Chef Wan, Lama tak dengar bebelan Chef Wan di media sosial dan kali ini dia membebel dan ia ditujukan kepada bekas isteri dia sendiri.Menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya, Datuk Redzuawan Ismail yang lebih mesra disapa Chef Wan ceritakan perihal bekas isterinya.

“Sejak Ada Grab Food Main Order Macam Janda Kaya” – Chef Wan Bising Bekas Isteri Hidap Kencing Manis Tak Jaga Makan.

“Pagi-pagi dah ke hospital pi settle bill Janda nak operate tangan buat graft for her dialysis. Suruh jaga makan bertahun lamanya tak mau dengar nasihat saya or anak2. Kuat propa dan curi makan. Sejak ada Grab food ini main order aja macam Janda Kaya! Duda bulan2 pulak yang sedia kan allowance makan. Cekek la puas2,” tulis Chef Wan.

Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan ‘membebel’ agak panjang di Instagram miliknya tentang bekas isteri yang tidak menjaga makan walaupun tahu mengidap kencing manis.

“Kena tangkap curi makan anak2 bising mereka di salahkan pulak. Letih drama orang kencing manis ini. Tak serek2. Yang jadi mangsa kita la juga yang waste all this money for her medical bill and had wished she had taken care of herself better. Dah la full time duduk rumah jadi Puan Sri tak perlu kerja. Memang Janda bertuah kata emak!” tulis Chef Wan lagi.

Menurut Chef Wan, walaupun sering dinasihati oleh beliau dan anak-anak, bekas isterinya itu seolah-olah tidak mendengar nasihat mereka langsung.

Tambah Chef Wan, ianya bukanlah soal wang tetapi tentang tanggungjawab terhadap diri sendiri membuatkan dirinya berasa geram.

“It’s not about the money but its about all of us dah la busy mencari rezeki masing2 dan sibuk but now ada tanggungjawab for her dialysis cost, sending her to hospital 3 times a week and taking her back its exhausting. We want her to be happy and enjoy her life. Last 2 months she was hospitalised 3 times paru2 berair. Minum air tak jaga sukatan. Dah la sakit, jaga la makan dan minum itu,” tulis Chef Wan.

Namun Chef Wan menganggap itulah cabaran hidup untuk dirinya. Malah selagi mampu, dia akan berkorban diri bukan sahaja menjaga emaknya, tetapi juga bekas isterinya itu.

Menurutnya lagi, orang luar hanya memandang dirinya tanpa mengetahui apa yang dilaluinya.

“Di dalam mereka menghina dan mencaci kita di belakang itu hari2 Allah kuat kan semangat diri saya serta di perluas kan pintu rezeki saya to inspire many more others to do the right things and put a smile on so many faces,” tulis Chef Wan.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkahwin dengan Norhayati Ayub pada tahun 1982. Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai selepas tiga tahun bersama. Mereka memperolehi dua orang anak iaitu Mohd Nadzri dan Serina hasil daripada perkahwinan tersebut.

Diabetes yang tidak dikawal boleh mendatangkan beberapa komplikasi kesihatan jangka pendek dan jangka panjang seperti komplikasi pada mata, saraf, buah pinggang dan jantung. Bagaimanapun dengan amalan diet dam gaya hidup yang tersusun menguruskan diabetes, kita boleh meningkatkan pematuhan pesakit kepada perubahan diet mereka dan menghentikan komplikasi berkaitan penyakit diabetes

Pelan penjagaan yang disesuaikan dengan budaya dan keadaan di Malaysia turut mengambil kira perbezaan dalam gaya hidup dan penyediaan pelan makanan yang disusun rapi.

(Visited 383 times, 1 visits today)